suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....
Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu.............. ~('-' )aif
spaceshipcomander
Saturday, 24 December 2011
terapi hidung
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh.
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah.
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
-
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
-
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni.. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat, tetapi tidak sembuh.
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
-
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .
-
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition.
CIRI2 ORANG MUNAFIK
Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk
disebut dan didengar kita saban hari dan masa tetapi hakikat yang
sebenar tentangnya kadang-kadang masih samar dalam pemikiran
kita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi
pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kita
samada dalam keadaan sedar atau pun tidak seperti suka menipu,
melanggar janji dan mengkhianati amanah yang
dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Dalam memastikan diri
kita tidak terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kita
renungi beberapa ciri-ciri golongan munafik sebagaimana
diberitahu oleh Allah dalam al-Quran dan juga rasulNya ke arah
menghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang
boleh membahayakan aqidah dan diri kita terutama pada hari
akhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan beerti kita mahu
menirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yang
mungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : Sesungguhnya
mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai
teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan
sempadan.
Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di
mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui
keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan
pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan
kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan,
menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman,
memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab
daripada nikmat. Munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok
persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka
golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat
kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya
yang bermaksud : Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan
kepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang
(tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orang
munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan
apa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada
mereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-
cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah dan
keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok-
olokkan?.."
d. Berperasaan syak terhadap agama
Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang
bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati
mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran
mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.
Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem
Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman,
syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam
dijalankan.
2. Melakukan kebinasaan di muka bumi
Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah
kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka
menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya
membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah
bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat
kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.
Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah
menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin
keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan
daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan
gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya
sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya
suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih
gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan
daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.
3. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu
sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut
kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan
tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang
benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.
Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam
dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai
bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan
keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan
ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka
demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya
digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan
mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat
daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran
daripada ulama' akhirat.
4. Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa
Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dan diantara manusia itu, ada setengahnyayang
menyebabkan engkau tertarik hati kepada percakapan mereka
(yang lunak dan menarik) semasa hidup di dunia. Dan dia
bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala yang dikatakan itu
adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya
sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya
terhadapmu. Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya)
berusahalah dia di muka bumi Allah untuk melakukan kerosakan
dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman dan ternakan dan Allah
tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan apabila
dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah kepada Allah". Maka
timbullah kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa.
Maka cukuplah neraka jahannam sebagai balasannya dan demi
sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat balasan.
Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang
munafik dan petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang
beriman tertarik dengan tutur katanya yang lembut, ucapan yang
menarik dan penuh hujah aqli yang mengelirukan malah mereka
sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun hati mereka
sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk
memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta
Islam dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang
Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk
mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil
propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka
mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk
mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan
juga menyekat kemaraan gerakan Islam dengan meng'gam' ulama',
membuang imam yang tidak menyokong kezaliman dan kesesatan
mereka, mengawal peranan masjid yang sebenar dan sebagainya.
Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam
masyarakat kita pada hari ini. Peranan kita ialah berusaha
menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan masyarakat
setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan
yang sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian
kalinya. Sesugguhnya seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke
dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.
DARJAT SEORANG WANITA
Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
- Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
- Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
- Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
- Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Tuesday, 8 November 2011
SEJARAH FORM 4 BAB 2
Tamadun india
Perluasan kuasa
pemerintahan Chandragupta Maurya
2.kejayaan dibantu tentera-600 ekor gajah
-1000 orang tentera
-10 000 orang infantry
3.berjaya menguasai - india utara
-punjab
-empayar seuci di Syria
-sempadan india barat
4.Bindusara(anaknya) menguasai - mysore & selatan
india
Pemerintahan asoka
1.menekankan dasar lebih terbuka dan lembut
2.penekanan menyebarkan agama Buddha
EKONOMI
1.berkembang pesat sejak 3 masihi
2.pusat perdangan utama - karusa,kalinga dan anga
3.pusat dagang hasilkan – senjata,emas,berlian, & mutiara
&gading gajah
3.hubungan perdagangan – kerajaan Maurya dgn
Macedonia,Sri Langka,Asia
Tenggara &rantau asia
Tengah
4.perlabuhan – tamralipati,Ghantashala,Kaylan & Cambay
5.persatuan sresthin – persatuan & perusahaan di setiap
Bandar
-mengawal harga,kualiti &gaji pekerja
6.zaman Gupta - wang emas digunakan
7.zaman Maurya – plbgai jenis cukai dikenakan
SAINS DAN TEKNOLOGI
1.cabang pengetahuan vedik
2.ilmu astronomi – Rig veda
3.ilmu matematik – Zaman Gupta
4.ahli matematik india – konsep geometri
- perkenal sistem nombor (angka Brahmin &
Angka kharosti
5.ilmu perubatan (fisiologi) berkembang - Yoga
SENI BINA
1.bandar terancang & sistematik – sistem peparitan,
sistem Kumbahan &
tmpt mandi awam
(The Great Bath)
2.kompleks kuil di Gua Ellora – 28 buah kuil dibina
3.kompleks kuil di Gua Ajanta – 20 buah kuil
4.elemen geometri – unsur bulat,empat segi,kon,kubah,
Pagoda,apsidal
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
1.bahasa
a.masayarakat Dravia (asli) – menggunakan bahasa
telegu,Malayalam,kannada
b.indo arya (pendatang) – Sanskrit(juga bhasa surat),hindu, urdu,
Kasmiri,punjabi
2.kesussasteraan – epic,vedik dan sajak
3.sastera agama Mahabharata – peperangan antara 2 tentera (baik &
Jahat)
4.epik Ramayana – pergaduhan dewa Vishnu (Rama) dgn raja Sri
Langka yg melarikan Sita iaitu isterinya
BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH.
m
( 1 ) Zaman Masyarakat Arab Jahiliah.
a) Apakah pengertian Jahiliah.
1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala dan menyembah anismisme.5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.6. Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil.
b) Ciri – ciri masyarakat Arab Jahiliah.
1. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai).2. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi, zina, arak.3. Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna.4. Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup – hidup (dianggap menjatuhkan maruah keluarga).5. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.6. Perniagaan – berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang miskin.7. Kepercayaan – menyembah berhala, pokok, menilik nasib.8. Agama samawi – Kristian, Yahudi, Hanif.9. Sistem kabilah – berpuak – puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).10. Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah.11. Keadaan geografi panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau – bilau contohnya perang al – Basus.
( 2 ) Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
a) Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.4. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.5. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji.6. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan7. Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah.8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.9. Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12 tahun ).10. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.11. Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.
b) Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.2. Nabi digelar Al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.3. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.4. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.5. Nabi ketua keluarga contoh – membantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.6. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak – anak.7. Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak – kanak.8. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.9. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.10. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) – di Gua Hirak.11. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.12. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama.
( 3) Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makkah.
a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.4. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah.
b ) Cara penyebaran Islam di Makkah.
1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.3. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu ), Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Affan dan al – Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).4. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).
c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.
1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.5. Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan.6. Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari kejayaan.
d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.
1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy.4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu.5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.9. Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah.
e) Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah.
1. Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan khadijah meninggal dunia.2. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah.3. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan.4. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.5. Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.
Subscribe to:
Posts (Atom)